Owner Post Them Follow Dash



Yuyu .
Yuyu .

Bonjour!


Hello and welcome to my blog
Full memories here
The sweetness ♥

Tagboard

⊰HOVER ME!⊱
Please do not spam my cbox. Please put your blog link so I can visit you back.


Skins by: IlliShuhada
Basecode : PikaChan
Best viewed in Mozilla and Google Chrome
Edit by : Yuyu

2k15 to 2k16

   Assalamualaikum . Hai dah masuk 2016 dan terdetik dihati nak update blog yang dah lama bersarang ni . 2016 , umur pun dah nak asuk 19tahun tapi still rasa macam budak budak sekolah lagi . Hahahaha , hai Ayuni Husna awak dah besar . Last update masa jadi lepasan SPM dulu . Time tu masih tercari-cari arah tuju . Now im here , Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin . Diploma in Mechanical Engineering . Pelik bukan ? Jauh tersasar account ke engineering . Ikut jejak abang yg sulung la ni . Still belajar dalam Perlis . Jimat kos . Dah memang rezeki dekat sini . Kehidupan baru . Bermacam spesis manusia dan kerenah yang baru . Mengadap roomate baru setiap semester . Betul kata senior senior roomate sem1 adalah yang paling terbaik dan best :) Tak macam sekarang . Walaupun baru sem2 , uhukk . Liku liku kehidupan , biasa bro :)

  Muka yang sama akan mengadap setiap sem bila masuk bengkel , hahaha . Ok ada lagi empat orang yg takda dalam gambar . Nama bahagian atas ni selalu awal sem akan mengadap bengkel welding dulu lerr . Perempuan welding? Asal tak percaya ? Hahahaha , tapi inilah hakikatnya . Automatik kena jadi ganas bila masuk bengkel . Bengkel ni ja yg boleh selfie banyak banyak , hahaha . Bengkel lain tak sempat rasanya nak selfie :3 Dengan kawan kawan kelas , dah macam sehati sejiwa tambah tambah time kelas cancel lagi laa hahaha . Jangan sebut nama Ayuni Husna dkt PTSS maybe ada yg tak kenal , Dah dapat nickname baru , yuyu . Hanya kawan kawan dkt ptss yg suka panggil yuyu . Senior senior time sekolah dulu dekat ptss memang ramai . Kawan kawan yg tengah berjalan dengan ayu pun macam pelik jalan sikit tegur sana tegur sini , kemain ramai kawan dekat sini .

  Pernah tengok movie 3idiot , 3 budak engineering tu ? Tulah kami bertiga . Acah acah 3idiot . Jalan pergi kelas sama sama , kafe sama sama , semua nak sama sama . Bilik ja asing asing , hahaha . Tapi setiap malam kalau free mesti ada punya dalam bilik ayu melepak sama , study kuiz , makan . Tambah tambah si Alya yg tudung hijau tu . Sem2 ni setiap malam kalau nak cari dia , datanglah bilik ayu mesti dia ada punya . Sebab kami satu blok . Dia aras 2 , ayu aras 3 . Si Shahidah lepas ke blok6 . Dekat la jugak . Balik hujung minggu bercuti pon still 24jam whatsapp dgn shahidah . Dah boleh jadi pakwe dah . Hahahaha . Dah banyak masalah ayu share dengan dia . Salah seorang yg ayu percayakan . Bestfriend forever dah jadi ni , hehe .

  Dah 2tahun lebih dan bakal masuk ke usia 3tahun hubungan ini . Ya , masih hubungan jarak jauh . Takda rasa nak cari lain ? Sikit pun tak . Sejak masuk ptss , entahlah . Langsung rasa takda hati . Berkawan dengan lelaki kawan sekelas tu biasa la . Selalu hujung minggu balik rumah sebab nak guna wifi nak viber , lajuu . Hahaha . Itu ja cara nak lepaskan rindu . Dah lama tak skype kan , hmm . Satu benda ja yg kami berdua nak rasanya . Nak jumpa face to face . Biarlah buat masa sekarang berjauhan dulu . Nanti ada jodoh kita jumpa ya :') Masing masing jaga hati . Saya tak pernah bosan dengan awak Muhammad Zulhilmi Aiman bin Muhamad . Terima kasih untuk hari hari yang mengukirkan sy senyuman :)





Memories .

Assalamualaikum .
   2014 ? Tahun terakhir di alam persekolahan . Kenangan ? Terlampau banyak . Yang terindah & termanis terlalu banyak untuk dikenangkan . Macam sayang nak tinggalkan semua ni . Tapi itulah hakikatnya . Classmate ? Senior ? Junior ? Cikgu ? Ayu akan rindukan semua tu . Walaupun nanti ayu kerja dekat koperasi sekolah , tapi suasana tu dah lain . Tak akan nampak lagi batch ayu yang datang beli dekat koop . Hanya junior-junior . Dan ada juga junior yang dah pindah ke sekolah lain dan negeri lain . Rindu kerenah junior-junior yang suka main-main masa nak beli . Rindu nak menyakat budak 5E yang setiap hari beli clound9 rm1 . Sampai habis SPM ayu taktahu nama dia , haha .


  Hai junior , Nuratiqah bt Rosdi . Dulu just kenal macam macam tu jaa . Cuma kenal dia sebagai pengawas yang diam jaa . Disebabkan Fitri , sekarang dah terlalu kenal dah . Semakin rapat . Bila dah rapat mulalah akan wujud perkataan ' selamat tinggal ' . Ingat nanti bila kerja dekat koperasi sekolah dapat jumpa dia lagi , tapi tak . Dia dah pindah jauh ke Negeri Sembilan . Ada masa nanti kita jumpa lagi ea :) Masa habis paper sains kertas 2 SPM , terus pergi cari tiqah . Kira hari tu hari terakhir dapat jumpa dia , kalau ada rezeki lagi bolehlah jumpa . Rindu sebenarnya nak belanja air kotak anggur dekat dia , hehe . Tambah-tambah lagi nak dengar suara manja dia . Jaga diri dekat tempat baru nanti . Kalau rindu whatsapp . Tapikan , rindu sangat nak menyakat tiqah . Haha , adik katak . Ingat nama tu sampai bila-bila tau ! Sayang tiqah :*


 Kalau yang tadi dah rindu , yang ini lagi laaaaaaa rindu  . Wan Rozalidiya & Fatin Natasha .  Kenangan demi kenangan tercipta . Ukhuwah terjalin mesra . Ingat lagi 'bed time story' yang menyedihkan ? Luahan rasa yang terpendam . Terima kasih pendengar setia . Untuk bawal plain & jam pink , cantik . Terima kasih sahabat . " Waktu yang kita luangkan bersama tak akan berulang lagi kan..." Ingat lagi tak ayat dkt nota hijau kecik dalam kotak hadiah birthday tu ? :') . Semakin rapat sejak form3 , masa tu stay satu yg kelas sama . Sebab dulu ayu dari kelas yang lain . Naik form4 boleh dikatakan setiap pagi pegi kelas sebelah nak duduk bersembang sekali . Masa lawatan koperasi la semua luahan dikeluarkan . Masa tulah dapat rasakan nilai persahabatan . Walaupun lain-lain kelas tapi tetap nak jumpa jugak . Paling suka menyakat wan , hehe #PilotHA untuk wan . Ya ayu banyak buat lawak bodoh , saja nak tengok 2 bear ni gelak . Haha . Nanti kalau rindu cakap taw :* Ohh sorang lagi Farahin . Sejak naik form5 macam dah kurang berjumpa kan? Maaf sesangat . Selalu abaikan Farah . Kalau laa kelas masa form5 sama macam form4 sebelah sebelah dah lama jumpa farah tiap-tiap hari . Farah pun sakit . Jaga kesihatan tau , jangan buas sangat :* Sayang sayang makcik-makcik tiga orang ni :p 


  Siti Athirah & Wardahtul Hasanah . Ada orang tu selalu whatsapp cakap rindu , hehe . Yang sorang lagi hilang . Isnin lepas pergi tempat dia kerja , dia cuti . Haiyaa . Sepanjang form5 , kemana pegi pun bertiga . Walaupun dulu sebenarnya berempat . Dan kadang-kadang tinggal ayu sesorang jaa . Kadang-kadang rasa macam gagal jadi seorang kawan . Sebab tak dapat nak satukan macam dulu balik . 

Starla .


 Assalamualaikum . Sejak jadi calon SPM 2014 dah lama sangat tak update . Dan sekarang , SPM pun dah habis . Bolehlah nak sambung blogging balik macam dulu . Blog dah berwajah baru & dah tukar link . Dan juga dapat nama baru ' Yuyu ' . Macam comel kan nama tu ? Hahaha . Btw , hai hai apa khabar ? I'm Back :3

 Hai hai bintang hati MZA . Buat apa tu ? Haha . Pejam celik dah setahun lebih kan ? Status ? Hm macam masih dijadikan persoalan kan ? Biarlah . Asalkan bahagia kan ^^ . Dah setahun Ayuni Husna ni masih taknak menyanyi apalah masalah dia ni . Meh sini sayang nak bagitau meh , nak dengar sy ni menyanyi sesorang slow slow pun tak pernah tau saksinya kawan-kawan sy laa . Haha , pantun? Lahai lagi laa tak . Puisi ? Yang ni yes , pegi la buka instagram , twitter or wechat sy mesti ada punya sikit . Nampak kan sy post gambar dekat instagram 2 buah buku tu . Itu buku puisi . Kalau boleh nak beli lagi tapi susah cari ada dekat kedai buku MPH jaa :'( Itu pun satu sy beli dkt Mahkota Parade tau . Niat sebenar memang nak bagi 2 helai baju dekat awak . Tapi niat tu terbatal sebab sy jatuh cinta dekat jersi malaysia tu , hehe . Belum bergaji tak macam awak . Buka sekolah baru kerja . Kesiankanlah saya T_T .

 Sepanjang setahun lebih , apa jadi ? Hmm macam mimpi sebenarnya lepas habis SPM tapi still dengan awak . Sebab dulu awak just main main kan? Siapa cakap bercinta sambil study tak boleh fokus ? Skype sambil study sama-sama boleh apaa kan . Itulah perkara yang sy paling rindu . Nak skype dengan awak . Kalau tak hari tu dah boleh jumpa kan . Tak ada rezeki nak buat macam mana . Nanti ada jodoh jumpalah . Kenduri kakak raya cina nanti dialu-alukan datang Perlis . Hehe , manalah tahu mak awak nak datang bercuti ke or awak nak datang ukur bangunan dekat Padang Besar ke , haha . PLKN ? Hmm takut . Takut nak tengok awak botak :p Risau ? Hm memang ada pun rasa tu . Tapi hujung minggu diorang bagi phone , hehe :) Nak buat satu permintaan boleh? Nanti kalau nak post hadiah dekat sy selit kan 2 benda boleh ? Gambar ukuran pasport tu & nametag dekat baju sekolah tu boleh ? Itu ja sy minta . Tak minta lebih pun .

 Ingat lagi tak masa hujung bulan 5 & awal bulan 6 ? Bulan yang menyakitkan bagi sy . Semua tu dah berakhirkan ? Lupakan semua tu . Mulakan yang baru . Penuhkan dengan kemanisan . Boleh ? Haha . Kebanyakkan post dalam blog ni sy dah revert to draft . Tinggal beberapa ja tentang ex yang dulu . Sy tak delete sebab itu semua kenangan sy . Untuk masa hadapan bila dah besar ingat nak baca balik apa yg saya taip sekarang . Masa tulah ketawa & air mata akan keluar . Haha . Jujur sy cakap , sy masih bertegur sapa dalam fb dengan am . Itu pun kalau dia yg tegur . Cuma bertanyakan khabar seorang kawan biasa tak lebih daripada tu . Cerita sy dengan dia dah berakhir . Sebab sy nak mulakan kisah yang terindah dengan awak :') Macam pendek ja kan ? Tak puas lagi nak baca kan ? Kalau taip dekat sini selalu lambat . Selalu buat awk tertunggu-tunggu kan . Sebelum tu nak cakap something ni . ILoveYou :* Terima kasih untuk semuanya . Maaf , sy tak tahu nak ungkapkan rasa sayang tu . Tapi yang penting sy nak awak dapat rasakan rasa sayang tu :)

 #AH